Tuesday 28 March 2017

#1

Bagi aku throwback seketika, bagi aku ruang untuk aku luah rasa, bagi aku satu tempat untuk aku bercerita, tapi tak mungkin aku dapat peluang ke dua. Kerana itu semua cerita lama, yang aku impikan tapi tak kesampaian cerita nya. Walau cuaca tidak selalu cerah, aku harap cerita ini punya ending indah.

Dulu, dulu aku punya cerita, moment indah aku senyapkan saja. Demi buah hati tercinta, aku layan cerita kita. Perkenalan cuma atas sosial media, yang membawa sampai bertahun lama nya. Pertemuan yang pertama dengan kawan-kawan lama. Lepak satu meja berbual pasal bola sepak tanah air kita. Waktu rasa malu menebal gila, iyelah pertama kali jumpa.

Kau lelaki pertama, yang aku set minda, kita akan selamanya. Kau yang pertama, yang aku rasa kau lah orangnya. Kau yang pertama, yang bawa aku jumpa keluarga dan kau yang pertama buat aku gila.

Kalau tanya kenapa aku tak boleh lupa, walau dah empat tahun cerita kita, sebab nya satu sahaja. Aku tak pernah dapat layanan yang terbaik macam kau dan keluarga. Aku gembira seketika, ketika aku punya keluarga kedua, yang aku rasa menghargai kehadiran aku sepenuh hati mereka.

Kebaikan yang ditabur buat aku leka, perasaan boleh berubah dalam waktu yang seketika. Memang aku yang harap hubungan ini sampai bila-bila, tapi aku dicurangi dengan perempuan yang lebih kurus katanya. Mungkin waktu itu, aku selekeh je. Tapi perlu ke buat aku macam tu je? Aku sedar aku tak boleh buat apa dan aku pon bergerak meninggalkan mereka dan hidup nya.

Selepas cerita itu, aku ambil masa seketika. tolong lah bagi aku lupa, dia dan family nya. Macam mudah perjalanannya, tapi sukar rupanya. Apetah lagi keluarga kedua menidakkan kehadiran partner baru dia, dan mereka kata mereka mahu aku juga. Terkadang fikir aku boleh menang buta-buta, tapi kau ingat hati ni mcm bola ke? aku tak mampu paksa dia, walau aku kata aku tak kisah kalau kalah je.

Lepas dua tahun cerita itu dalam kisah kita, kau datang cari aku semula. katanya mudah, partner baru tak boleh faham dah, dan kau janji dengan aku, kau akan bina baru, hubungan yang pernah terkubur dulu.

Dan aku waktu itu, tak mahu terima janji yang satu tu. sbb janji dulu pun, kau abaikan mudah begitu. Tapi aku sesal, sebab aku yang keliru juga buntu. Aku tak mahu, tapi aku perlu.

Kepada yang ada waktu ini, jangan kau serang aku sekarang ni, macam ayat yang pertama aku tulis dalam post ni, Bagi aku throwback seketika, bagi aku ruang yang bila aku lepaskan, aku takkan kenang lagi sampai bila bila. Tolong aku. Aku rasa aku buntu.

Tuhan, aku mohon. Tetapkanlah hati ini pada jalan yang kau redhai.

Kepada,

Makcik, Abah, Kaklong, abg yen, adik syawal dan ecah sayang. Akak ucap terima kasih untuk semua nya. Sanggup pick up akak, masa akak susah, masa memerlukan dan bagi pinjam sekelumit kasih sayang. Terima kasih

No comments:

Post a Comment